Kami Berimpian Membina Masjid Seperti Masjid Nabi

MAAHAD TAHFIZ TURATH INTEGRASI AL IKHWAN

ARAS BAWAH MASJID

RUANG SOLAT BERJEMAAH

ARAS 1 MASJID

RUANG KELAS BELAJAR

"SESIAPA YANG MEMBINA MASJID KERANA ALLAH,
ALLAH MEMBINA BAGINYA RUMAH DI SYURGA KELAK.”

hadith Riwayat Muslim

Kisah Terkini Disebalik Kehebatan Tahfiz Turath Ini

Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan (MTTIAI) ditubuhkan sejak tahun 2016 dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Maahad ini telah lama beroperasi di kawasan perumahan mewah Ampang. Alhamdulillah sambutan kemasukan pelajar sangat memberangsangkan.
Sijil Pendaftaran di bawah Sekolah Agama Islam Negeri selangor
Maahad ini menjadi tumpuan masyarakat sekitar kerana ia bukanlah sekadar menghafaz Al Quran. Antara pendidikan yang ditawarkan ialah :
  • Akademik
  • Hafazan Al- Quran
  • Belajar Kitab Turath
  • Kemahiran Bahasa Arab & English
  • Aktiviti Kokurikulum (Memanah, Silat Gayung, Taekwando & lain-lain)
Oleh itu, pihak pengurusan maahad mengambil inisiatif untuk membina masjid di Hulu Langat bagi menampung lebih ramai kemasukan pelajar. Bahagian bawah masjid akan dijadikan tempat ibadah. Manakala, tingkat atas masjid bakal dijadikan tempat pengajian pelajar-pelajar di sini.

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN !!

Terkini, perataan tanah sedang giat dilaksanakan untuk 4 ekar bidang tanah di Hulu Langat dengan kos hampir RM 25,000. Bayangkan masih panjang lagi perjalanan untuk menyiapkan masjid ini dengan kos

RM 3.5 Juta.

Sekiranya tuan/puan sudi salurkan sumbangan boleh melalui no akaun bank di bawah:

Bank : RHB BANK

Nama : Pondok Moden Al Ikhwan

No Akaun : 2621 660 001 9411

Letakkan reference "Masjid" untuk bantu kami semak transaksi sumbangan


Ayuhlah bantu kami seikhlas hati supaya maahad ini dapat beroperasi dengan lancar dan pelajar dapat terus menuntut ilmu agama di sini.

Insya-Allah, boleh jadi dengan asbab infaq yang dihulurkan, setiap amal pelajar-pelajar tahfiz seperti membaca, menghafaz Al-Quran serta ilmu bermanfaat yang disebarkan kepada masyarakat, pahalanya juga turut mengalir buat Tuan Puan.