Jom Konsisten Sedekah Anda Dengan Cara Yang Lebih Mudah

Leceh dalam membuat transfer
Malas untuk buka telefon setiap hari
Memerlukan masa yang lama untuk menggunakan internet & tidak tahu ingin bersedekah di mana
Ini merupakan antara SEBAB KITA PUTUS ASA dalam konsisten untuk menderma, betul tak ?
Settlekan semua masalah di atas dengan menggunakan Direct Debit (Autotransfer) sahaja !
DIRECT DEBIT ini akan akan dapat bantu anda bersedekah secara automatik setiap sebulan sekali, jadi anda pun dapat bersedekah dengan mudah !

Kami Berimpian Membina Masjid Seperti Masjid Nabi

Bersama melancarkan proses pembinaan Masjid

Bilangan pelajar semakin meningkat

Kami bersyukur kerana setiap tahun ada pertambahan pelajar. Kini bilangan pelajar sudah mencecah 156 orang.
Ramai yang telah cakna dengan pendidikan holistik yang merangkumi kitab turath, hafazan, akademik serta kokurikulum telah menarik perhatian ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sini.
Masjid ini bukan sekadar untuk Solat Berjemaah bagi Masyarakat setempat.
Malah, ianya akan dijadikan pusat pengajian tahfiz, kitab turath dan aktiviti kokurikulum di kawasan masjid bagi pelajar MATTIK.
Oleh itu, pihak pengurusan maahad mengambil inisiatif untuk membina masjid di Hulu Langat bagi menampung lebih ramai kemasukan pelajar.

Plan Pembinaan Masjid

Ilustrasi Masjid yang bakal dibina di Hulu Langat
ARAS 1 AKAN DIJADIKAN RUANG KELAS PELAJAR MAAHAD
ARAS BAWAH AKAN DIJADIKAN RUANG SOLAT UTAMA

Perkembangan Terkini Pembinaan Masjid

Terkini, perataan tanah sedang giat dilaksanakan untuk 4 ekar bidang tanah di Hulu Langat dengan kos hampir RM 25,000
Tugas ini bukan kecil. Jadi, kami amat memerlukan sokongan kalian semua. Berilah walaupun sedikit.

Anggaran Kos Diperlukan

Jumlah ini sangat besar bagi kami. Tapi kerana kami ingin masjid ini memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling, kami membuka peluang kepada anda untuk menjayakan misi ini. 

3.5 Juta

Sumbangan

Tahfiz Turath Ini Sangat Istimewa

  • Maahad Tahfiz Turath Integrasi Al-Ikhwan (MATTIK) ditubuhkan sejak tahun 2016 dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.
  • Telah lama beroperasi di kawasan perumahan mewah Ampang.
  • Maahad ini menjadi tumpuan masyarakat sekitar kerana ia bukanlah sekadar menghafaz Al Quran.
  • Malah mereka juga sangat aktif dalam pertandingan Kamil seperti Pidato, Tilawah , Hafazan, debat dan pertandingan kokurilum seperti bola jaring di peringkat Negeri di bawah JAIS.

Kitab Turath

Turath ialah pengajian kitab ulama silam yang merangkumi ilmu fardhu ain antaranya Tauhid, Feqah, Akhlak. 

Hafazan Al Quran

Mereka dibenarkan untuk memilih sama ada mahu mahir dalam bidang turath ataupun menjadi hafiz hafizah yang menghafal Al Quran.

Taekwando

Taekwando juga diajar oleh guru bertauliah yang dibayar khas dari luar. 

Akademik 

Ditekankan dengan 5 mata pelajaran asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah Bahasa Arab, Matematik, Sains. Pelajar diajar oleh guru yang berkemahiran dalam bidang pendidikan yang diiktiraf.

Silat Gayung

Kemahiran Silat Gayung diajar oleh guru silat berpengalaman dan pelajar berjaya bertanding di Peringat Negeri di bawah JAIS

Memanah

Kemahiran memanah diajar bagi yang berminat mempelajari sukan sunnah oleh guru silat bertauliah.

Perjalanan membina Masjid seperti masjid Nabi SAW ini masih panjang. 

Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak
HR Muslim

Jom bersama kami menjayakan pembinaan Masjid ini dengan kos bernilai RM 3.5 juta.

Kami doakan semoga Allah permudahkan setiap urusan Tuan Puan, diluaskan pintu rezeki dan dikurniakan ganjaran yang berterusan walaupun sudah tiada di dunia ini nanti. Aamiin!
Pastikan Tuan Puan tak keluar dari Website ni sebelum berkongsi rezeki SERENDAH 30 RINGGIT sahaja sebulan (bersamaan RM 1 sehari)

Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan orang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat

Hadith Riwayat Muslim

Jom sedekah RM 1 Sehari

Hanya dengan RM1 sehari, anda berpeluang membina saham akhirat yang kekal. RM1 yang mungkin kita gunakan untuk hal dunia boleh menjadi punca pahala yang tak putus-putus jika disalurkan untuk pembinaan masjid.

Bayangkan setiap kali orang solat, membaca Al-Quran, atau menuntut ilmu di masjid ini, pahala itu akan terus mengalir kepada kita. Ayuh, jangan lepaskan peluang, sumbangkan RM1 sehari untuk bina rumah Allah dan raih ganjaran berlipat kali ganda!